Kehidupan dan keluarga Mustapha_bin_Harun

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-4 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya berbangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran.Adik beradik beliau terdiri daripada Dayang Lana, Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Aliuddin, Dayang Hadijah & Datu Abdul Salam. Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2)(sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Zauyah ( dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina),Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris).


Isterinya , Hawia Panglima Mohd (82 tahun ) meninggal dunia pada 13 Disember 2011 di Penampang.Hawia berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi .Anaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.[1]